ANALISIS TREND PENGUNDIAN BERDASARKAN KAUM DI KAWASAN BUKIT GANTANG, PERAK (Analysis of Voting Trend According to Ethnic in Bukit Gantang, Perak)
Authors
Junaidi Awang Besar
Mohd FuadMat Jali
Abdul Halim Sidek
Yahaya Ibrahim
Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Khaidzir Hj. Ismail
Abstract
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang 2009 diadakan pada 7 April 2009 keranakematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS. Pilihan raya ini dikatakan dapatdijadikan pungutan suara rakyat sama ada menerima atau sebaliknya terhadap penubuhankerajaan baru Negeri Perak dibawah pemerintahan BN. Hasil kajian menunjukkan hampir100 peratus responden etnik Melayu, Cina dan India menjadikan televisyen sebagai sumberutama maklumat politik mereka. Dari segi kriteria calon pula, 72.1 peratus responden Cinamenyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat berbanding Melayu (67.9 peratus) danIndia (47.9 peratus). 78.7 peratus responden Melayu, 81.6 peratus Cina dan 48.9 peratusresponden India bersetuju bahawa mereka tidak merestui wakil rakyat mereka berhenti danmelompat parti. Persoalan mengenai krisis perlembagaan negeri Perak memperlihatkanresponden Melayu lebih cenderung menyokong Institusi Raja dan sebaliknya bagi respondenCina dan India. Merujuk kepada jangkaan kemenangan parti, 27.0 peratus responden Melayu,34.2 peratus Cina dan 57.3 peratus India menyatakan PAS akan menang berbanding dengan45.5 peratus responden Melayu, 35.5 peratus (Cina) dan 20.8 peratus (India) menjangkakanBN akan menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tersebut. Ketiga-tigakaum bersetuju Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razakakan dapat menerajui pembangunan negara dengan lebih inovatif dan progresif.