BAHAN-BAHAN PERHUBUNGAN MEDIA: DARI ORGANISASI KEMEDIA MASSA DI MALAYSIA (Media relations materials: From organizations to mass media in Malaysia)
Authors
Mohd Yahya Mohamed Ariffin
Md. Sidin Ahmad Ishak
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti bahan perhubungan media yang diterima olehindustri media massa di Malaysia. Bahan perhubungan media merupakan alat yang pentingdalam industri perhubungan awam di Malaysia. Penggunaan bahan-bahan tersebut untukkomunikasi pemasaran dianggap sangat berkesan, berjaya, mudah dan murah. Kaedahanalisis kandungan digunakan terhadap bahan perhubungan media yang diterima daripadapelbagai organisasi. Sebanyak 420 bahan perhubungan media dikumpul daripada duaorganisasi media. Hasil kajian menunjukkan yang bahan diterima adalah daripada pelbagaikategori organisasi awam dan swasta. Terdapat pelbagai isu dalam bahan perhubungan mediayang diterima terutamanya isu sosial dan ekonomi. Kebanyakan bahan perhubungan mediaini mengandungi informasi penting yang diperlukan oleh media massa termasuk namaorganisasi penghantar, nombor telefon dan faksimili, alamat e-mel dan laman web.