PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN KELESTARIAN SUMBERMANUSIA DI FELDA (Educational Development and Sustainability of Human Resources in FELDA)
Authors
Noraziah Ali
Noorzah Zakaria
Mohd Azlan Abdullah
Abstract
Faktor pendidikan adalah elemen paling penting dalam pembangunan sumber manusia.Program pembangunan pendidikan di FELDA bertujuan untuk melahirkan sumber manusiaberpotensi di kalangan generasi kedua yang berilmu, bertanggungjawab dan mampu bersaing.Kajian ini dijalankan untuk meneliti pembangunan pendidikan dan implikasinya, di FELDAsecara amnya dan di Felda Bersia, Grik, Perak secara khusus. Pengumpulan data di lapangantelah dilakukan antara bulan Jun hingga Ogos 2007. Pelbagai program dilaksanakan untukmenambahbaik pencapaian pendidikan anak-anak peneroka. Keberkesanan program dapat diukurberdasarkan keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Secara umumnya, prestasiakademik pelajar di FELDA telah berjaya diperbaiki, termasuk segelintir yang cemerlang. Walaubagaimanapun, FELDA tidak menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan peluangpekerjaan yang banyak, menyebabkan sebahagian besar generasi kedua berhijrah keluar kebandar sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja. Implikasinya, usaha pembangunanpendidikan di FELDA telah melahirkan ramai individu yang berjaya, tetapi di luar FELDA.Sehubungan itu, pembangunan FELDA sendiri bergantung kepada peneroka yang sudah lanjutusia dan sumber manusia generasi kedua yang kurang cemerlang.