KECENDERUNGAN BERTINDAK CURANG PADA ISTERI YANG SUAMINYA BEKERJA DI LUAR BANDAR DITINJAU DARIPADA FAKTOR KESEPIAN DAN KEPERLUAN AFILIASI (The tendency of cheating on the wife whose husband worked outside the city views from factor lonely and needs for affiliation)

Authors

  • Yohan Kurniawan
  • Henny Yulianti
  • Jaka Santosa Sugadijono

Abstract

Perbuatan curang atau di Indonesia dikenali dengan “selingkuh”, baik dengan mahupun tanpahubungan seks banyak terjadi dalam masyarakat semasa ini. Perbuatan curang dalam sebuahperkahwinan dapat dilakukan oleh lelaki mahupun wanita. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpastiapakah faktor kesepian dan keperluan menjalin hubungan yang rapat dengan orang lainmempengaruhi terjadinya perilaku curang pada isteri yang suaminya bekerja di luar bandar. Kajianyang dijalankan ini adalah sebuah kajian soal selidik menggunakan borang selidik pada tahun 2009 dibandar Surabaya. Jumlah subjek yang terlibat dalam kajian ini seramai 35 responden. Teknik analisisdata yang digunakan adalah distribusi frekuensi dan analisis regresi linear. Hasil kajian inimenunjukkan bahawa terdapat kesan daripada faktor perasaan sunyi dengan kecenderungan berlakucurang pada Isteri yang suaminya bekerja di luar bandar. Hubungan yang terjadi antara faktorperasaan sunyi dengan kecenderungan berbuat curang tersebut bersifat positif, hal ini bermaknabahawa semakin kuat perasaan sunyi yang dirasakan seseorang, akan semakin kuat pulakecenderungan berbuat curang. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh yang positif antaraperasaan kesepian dan keperluan menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain dengankecenderungan berbuat curang (R=0,722). Walaupun kedua faktor memberi sumbangan yangsignifikan kepada wujudnya perilaku curang pada isteri yang suaminya bekerja di luar bandar, akantetapi faktor perasaan sunyi memberi kesan yang lebih kuat dibandingkan dengan faktor keperluanmenjalin hubungan rapat dengan orang lain.

Downloads

Published

2017-11-11

Issue

Section

Article