MAKANAN HANTARAN DALAM PERKAHWINAN MELAYU KELANTAN: ADAT DAN INTERPRETASI ( Food gifts in Kelantanese Malay Weddings: Custom and Interpretation)
Authors
Aishah @Eshah Haji Mohamed
Sulong Mohamad
Haziyah Hussain
Abstract
Dalam perkahwinan Melayu Kelantan, adat menuntut supaya pengantin lelaki dan wanita bertukartukarpemberian pada hari perkahwinan. Pemberian ini dinamakan hantaran dan selalunya dalambentuk barang keperluan peribadi kedua-dua pengantin (seperti baju, alat persolekan, barang kemas)dan makanan. Makalah ini meninjau perkara yang bersangkutan dengan adat dan makna makananhantaran dalam upacara perkahwinan Melayu Kelantan dengan memberi perhatian kepada tingkahlaku dan item-item simbolik yang berkaitan dengan makanan. Perbincangan ini diasaskan kepadakajian yang dilakukan di Kelantan. Orang Melayu Kelantan masih mengamalkan adat memberimakanan sebagai sebahagian daripada bahan hantaran perkahwinan mereka. Jumlah bahan hantaranini mestilah dalam angka ganjil. Makanan yang menjadi hantaran terdiri daripada nasi pulut dan telursemangat, sirih junjung, buah-buahan, kueh muih dan lauk paut (hanya daripada pihak pengantinperempuan). Makanan itu diletakkan di atas pahar (iaitu talam berkaki yang dibuat daripada gangsaatau tembaga) dan dihias cantik mengikut kemampuan keluarga pengatin. Kepentingan dan maknamakanan hantaran ini dibincangkan dengan detail dalam artikel ini.