PENGURUSAN KREDIT MIKRO DI KALANGAN WANITA (Micro Credit Management Among Women)
Authors
Zaimah Ramli
Abstract
Usaha yang dijalankan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam menyediakan kemudahan kreditkepada golongan wanita miskin sememangnya memberi peluang kepada mereka untuk memulakankegiatan ekonomi tertentu bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Maka, artikel ini fokus kepadabagaimana Sahabat yang telah memperolehi pinjaman kredit mikro menguruskan pinjaman yangdiperolehi dalam usaha mereka mencapai matlamat yang disasarkan. Dapatan kajian menunjukkanbahawa kebanyakan Sahabat menggunakan pinjaman yang diperolehi untuk membiayai kegiatanekonomi yang mereka usahakan. Selain itu, sebahagian pembiayaan yang diperolehi adalah untukpenambahbaikan rumah dan perbelanjaan pendidikan anak-anak Sahabat. Hanya yang perlu diberikanperhatian serius ialah kebanyakan mereka kurang mengambil berat tentang hal-hal berkaitanpengurusan kewangan mereka. Dalam kata lain, mereka kurang prihatin tentang catatan perbelanjaandan perolehan aktiviti ekonomi yang mereka usahakan. Rata-rata mereka hanya memastikan merekamampu membayar balik pinjaman setiap minggu seperti yang dijadualkan. Namun begitu, tidakdinafikan pinjaman kredit mikro oleh AIM ini sememangnya bermanfaat kepada golongan yangmiskin dan berpendapat rendah, khasnya bagi kaum wanita.