KETERSAMPAIAN MASYARAKAT TANI KEPADA PELABURAN SAHAM AMANAH (Assesibility of Peasant Community Toward Investment of Unit Trust)
Authors
Zaimah Ramli
Abstract
Umum menyedari bahawa melabur dalam saham amanah merupakan suatu langkah bijak dalam usahameningkatkan pendapatan. Persoalannya, apakah semua lapisan masyarakat di negara ini mempunyaiketersampaian kepada saham amanah tersebut, terutamanya mereka yang tergolong dalam kumpulanberpendapatan rendah. Kajian ini menilai sejauhmana masyarakat desa, iaitu pesawah padimempunyai ketersampaian terhadap saham amanah yang terdapat di negara ini. Kajian turutmengenalpasti faktor-faktor penggalak dan penghalang yang mempengaruhi ketersampaian mereka.Dapatan kajian mengesahkan bahawa, meskipun kebanyakan golongan petani ini mempunyaipengetahuan umum mengenai saham amanah, tetapi ketersampaian dan penglibatan mereka secaralangsung dalam pelaburan tersebut adalah agak terbatas. Tarikan kadar dividen yang tinggidikenalpasti sebagai faktor penggalak utama mereka menyertai saham amanah. Manakala, dua faktorutama yang menghalang mereka daripada terlibat dalam saham amanah ialah kekurangan pendapatandan kurangnya pendedahan terhadap pelaburan saham amanah itu sendiri. Secara keseluruhannya,penglibatan pesawah-pesawah padi terbabit dalam saham amanah adalah amat rendah dan terbatas.Fenomena ini cukup jelas apabila kebanyakan mereka kurang berkemampuan untuk mempertahan danmeningkatkan nilai pelaburan mereka.