PERSEPSI KHALAYAK TERHADAP KREDIBILITI MEDIA DI MALAYSIA (Audience perception on media credibility in Malaysia)

Authors

  • Normah Mustaffa
  • Faridah Ibrahim
  • Mus Chairil Samani
  • Mohd. Helmi Abd. Rahim

Abstract

Artikel ini menganalisis komponen kredibiliti berita dalam akhbar, televisyen dan atas talian (online).Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi khalayak terhadap kredibiliti sistem penyampaian berita dalammedia iaitu akhbar, televisyen dan internet. Kaedah survei terhadap 100 responden dijalankan disekitar Lembah Kelang pada tahun 2009 untuk menilai kredibiliti berita akhbar, televisyen dan atastalian dengan menggunakan skala kredibiliti berita yang dikemukakan oleh Gaziano dan McGrath(1986) iaitu amanah, semasa, berat sebelah, adil, lengkap, objektif, jujur, terkini, percaya/yakin,seimbang, ketepatan dan tepat pada masa. Hasil kajian menunjukkan bahawa kredibiliti berita dalamakhbar dan televisyen mempunyai persamaan tetapi tidak kepada kredibiliti berita internet.

Downloads

Published

2017-11-11

Issue

Section

Article