CIRI PERSEKITARAN HIDROLOGI DAN SEDIMENTASI SUNGAI TELOM, CAMERON HIGHLANDS (Hydrology and Sedimentation Characteristics in Sungai Telom, Cameron Highlands)
Authors
Noraini Wahida binti Abdullah
Mohd Ekhwan Hj.Toriman
Abstract
Permodelan sungai memainkan peranan yang penting dalam meramalkan tindakbalas sungai terhadapperubahan yang berlaku, sama ada secara semulajadi atau buatan. Objektif kajian adalah menganalisisciri hidraulik dan hidrologi serta mengkaji tren luahan sedimen yang masuk ke Sungai Telom,Cameron Highlands. Kajian bagi mengumpulkan data hidraulik dan hidrologi telah dijalankan pada 28Oktober 2008 manakala persampelan sedimen dan air bagi mengkaji tren luahan sedimen di SungaiTelom telah dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada 28 Oktober dan 8 Februari 2009. Di dalam kajianini, perisian1-D-Hidrodinamik XPSWMM telah dipilih dan digunakan bagi mensimulasikan aliranterus satu dimensi di Sungai Telom, Cameron Highlands. Proses kalibrasi dan validasi telah dilakukanbagi memastikan kejituan model. Permodelan hidraulik menunjukkan anggaran luahan penuh yangmasuk ke Sungai Telom adalah pada link 7 iaitu 1.02 m3/s dan link 17 iaitu sebanyak 2.40 m3/s. Bagimelihat tren luahan sedimen pula, analisis sedimen telah dilakukan dan hasil kajian mendapati,anggaran muatan sedimen yang masuk ke Sungai Telom adalah tinggi iaitu kira-kira 172,324.56kg/km²/tahun. Manakala peratusan sedimen menunjukkan bahawa pasir halus dan kasar lebihdominan di Sungai Telom.