PENGANGGARAN KADAR HAKISAN TANIH JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG MENGGUNAKAN TEKNIK RADIONUKLID (Estimates of Rates of Short- And Longer-Term Soil Erosion Using Radionuclide Techniques)

Authors

  • Mokhtar Jaafar

Abstract

Teknik radionuklid 7Be telah digunakan untuk menganggarkan kadar hakisan tanih jangka pendekmanakala 137Cs pula untuk jangka panjang, di Ladang Dalwood, Devon, England. Persampelan tanihsecara transek dilakukan pada awal musim hujan (November 2004) bagi pengukuran hakisan tanih jangkapanjang, manakala persampelan tanih bagi pengukuran jangka pendek pula adalah pada Januari 2005.Hasilnya menunjukkan kadar bersih hakisan tanih jangka panjang adalah 3.4 t ha-1 thn-1 manakala bagijangka pendek pula adalah 24.2 t ha-1. Ini membuktikan berlaku pemindahan sedimen daripada ladangjagung tersebut ke sistem saliran berdekatan. Nisbah penghasilan sedimen pula menunjukkan peratusansebanyak 77% bagi tempoh jangka pendek dan 33% bagi tempoh jangka panjang. Secara bandingan,kadar hakisan daripada sesuatu kejadian hujan semasa adalah tinggi dan lebih banyak sedimen diangkutkeluar daripada ladang tersebut manakala kadar hakisan bagi tempoh lebih kurang 30 tahun adalahsederhana dan proses pemendapan sedimen berlaku di sepanjang cerun. Kajian ini membuktikan amalanmembiarkan permukaan tanih di ladang jagung tanpa pendekatan mesra alam telah meningkatkan kadarhakisan dan penghasilan sedimen di dalam sistem saliran berdekatan.

Downloads

Published

2017-11-11

Issue

Section

Article