ONSET MORA DALAM DIALEK KELANTAN: ANALISIS TATATINGKAT KEKANGAN
Authors
ADI YASRAN ABDUL AZIZ
ZAHARANI AHMAD
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan perilaku fonologi yang dinamakan onsetmora (moraic onsets). Kewujudan onset mora telah dinafikan dalam teori morastandard yang dipelopori dan dikembangkan oleh ahli-ahli fonologi seperti Hyman(1985), Hayes (1989), Gordon (1999), dan Moren (1999). Mereka berpendapatbahawa onset mora tidak wujud kerana dalam kebanyakan bahasa onset tidakberpotensi untuk mengalami proses prosodik. Bagaimanapun, kajian merentasisempadan linguistik mutakhir mendapati bahawa terdapat banyak bahasa dan dialekyang membenarkan proses prosodik berlaku pada posisi onset seperti Bella Cola,Samothraki Greek, Trukese, Marshallese, Trique, Bellonese, Piraha, Karo, Arabela,Woleaian, Swiss German, Kabardian, Berber, Patani, Kelantan, dan Terengganu.Kajian ini secara khusus akan meneliti fenomena onset mora dalam dialek Kelantandengan menggunakan kerangka teori optimaliti yang menggabungkan peringkatfonologi prosodik dan juga segmental. Hasil analisis mendapati bahawa kata prosodikdalam dialek Kelantan bersamaan dengan kaki (foot), iaitu dua suku kata di bawahanalisis segmental. Kekangan ini menyebabkan input yang mengandungi tiga sukukata akan menggugurkan suku kata pertamanya untuk membentuk output yangbersuku kata dua. Dalam teori mora standard, penguguran segmen menyebabkanpengapungan mora yang kemudiannya dihubungkan dengan vokal yang berdekatanlalu menghasilkan vokal panjang. Walau bagaimanapun analisis ini tidak dapatmenjelaskan fenomena onset geminat seperti dalam kata [ssaka] (pusaka) dalamdialek Kelantan. Dalam analisis teori optimaliti, masalah ini ditangani denganmeletakkan kekangan TIADA VOKAL PANJANG (*VP) lebih tinggi daripadakekangan TIADA GEMINAT (*GEM) dalam hierarki kekangan. Tatatingkat inimembolekan calon onset geminat muncul sebagai output optimal. Analisis ini jugasecara langsung meyarankan bahawa onset boleh mengandungi mora.