HUBUNGAN SIKAP KEPADA WANG DAN KEPUASAN KERJA TERHADAP KEINGINAN PEKERJA UNTUK BERHENTI SECARA SUKARELA: KAJIAN DI SEBUAH ORGANISASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN BERSTATUS BANDARAYA DI SARAWAK

Authors

  • AZMAN ISMAIL
  • MAI SUMIYATI ISHAK
  • WATY KUCHING
  • MUSTAFFA OMAR

Abstract

Sikap terhadap wang sebagai pembolehubah penyederhana dalam model kepuasan kerjasetakat ini kurang diberi penekanan dalam kajian-kajian lepas. Lebih penting lagi, kajianterkini telah mendedahkan bahawa kesan kepuasan kerja bersifat ekstrinsik dan intrinsik keatas keinginan untuk berhenti secara sukarela adalah tidak konsisten apabila ia didalangi olehsikap terhadap wang dalam organisasi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukurperanan sikap terhadap wang sebagai pembolehubah penyederhana di antara kepuasan kerjadan keinginan untuk berhenti secara sukarela. Kaedah tinjauan telah digunakan bagimengumpul maklumat melalui borang soalselidik yang dikendalikan ke atas 93 pekerja pihakpenguasa tempatan berstatus bandaraya di Sarawak, Malaysia. Keputusan analisis regresihierarki menunjukkan bahawa interaksi di antara kepuasan kerja intrinsik dan sikap terhadapwang tidak mampu untuk mengurangkan keinginan pekerja daripada berhenti secara sukarela.Bagaimanapun, interaksi di antara kepuasan kerja ekstrinsik dan sikap terhadap wang puladiperhatikan mampu mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti secara sukarela.Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa sikap terhadap wang bertindak sebagaipembolehubah penyederhana separa dalam model kepuasan kerja dalam organisasi kajian.Turut dibincangkan dalam makalah ini adalah implikasi kajian kepada teori dan amalankepuasan kerja, limitasi-limitasi kerangka teori dan metodologi kajian sedia ada, sertacadangan kajian lanjut untuk masa akan datang.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article