MASALAH SEDIMENTASI DAN PENYELESAIANNYA MELALUI KAEDAH PENGURUSAN PERSEKITARAN: SATU KAJIAN KES DI SUNGAI CHINI, PAHANG. (Sedimentation issue and Its Solution Through Environmental Management Approach: A Case Study in Sungai Chini, Pahang)

Authors

  • Mohd Ekhwan Toriman
  • Mohd Khairul Amri Kamarudin
  • Mushrifah Hj Idris
  • Muhammad Barzani Gasim
  • Nor Rohaizah Jamil

Abstract

Sungai Chini merupakan satu-satunya sungai yang mengalir keluar daripada Tasik Chini ke SungaiPahang. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Sungai Chini mengalami kemerosotan kualiti airakibat proses sedimentasi dan ketidakseimbangan pembangunan di sekitar lembangannya. Kajiandijalankan bertujuan menganggarkan penghasilan muatan sedimen tahunan (tan/km2/tahun), membinamodel hidraulik berdasarkan kapasiti sungai dan cadangan kepada kaedah pengurusan sedimen.Persampelan kajian telah dijalankan pada Julai 2008 sehingga Jun 2009 melibatkan tiga musimberbeza iaitu musim normal, hujan dan selepas hujan. Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih.Keputusan kajian menunjukkan anggaran purata tahunan sedimen yang diangkut keluar dari SungaiChini ialah 787.621 tan/km²/tahun. Hasil analisis statistik korelasi bagi hubungan antara muatansedimen dan luahan kajian pula adalah sangat signifikan, iaitu R2=0.980. Hubungan luas kawasantadahan dan muatan sedimen bagi kajian sungai terpilih juga menunjukkan hubungan yang signifikan,iaitu R2=0.824 membuktikan kaitan kuat diantara penghasilan sedimen dengan perubahan guna tanahyang berlaku di sekitar lembangan ini. Hasil kajian mendapati sedimentasi yang tinggi berpuncadaripada aktiviti guna tanah, kewujudan baraj di hilir Sungai Chini yang memerangkap sedimen,aliran songsang dari Sungai Pahang masuk ke Sungai Chini dan faktor hakisan tebing. Kajian inimencadangkan langkah kawalan sedimen seperti mewujudkan rizab pemuliharaan bagi sebahagianlembangan tasik, mengubahsuai sistem baraj, mengaplikasikan sistem “Monkey Cheek” yangbertujuan mengalir serta membersihkan sedimen terampai yang tinggi dan cadangan kawalan hakisantebing sungai.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article