DARI HALAMAN RUMAH KE HADAPAN LAYAR: POLA BERMAIN DAN FUNGSINYA KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (From the lawn to the screen: Patterns and functions of play to children’s development)

Authors

  • Fatimah Abdullah
  • Sarnon, N.
  • Hoesni, S.M.
  • Wan Azreena W.J

Abstract

Anak adalah aset penting keluarga. Malah mereka turut menjadi aset penting kepada negara keranaakan menerajui negara pada masa akan datang. Justeru, mereka bukan sahaja harus pintar tetapi jugamempunyai kemahiran tertentu. Salah satu cara bagaiamana mereka memperkembangkan kemahirantersebut ialah melalui aktiviti bermain. Malangnya dalam kehidupan moden kini, pola bermain secaraberkumpulan terutamanya di halaman telah berubah kepada permainan individu di hadapan layartelevisyen atau komputer di dalam rumah atau bilik berasingan. Amalan sebegini tentunyameninggalkan kesan yang penting kepada perkembangan kanak-kanak. Sehubungan itu, artikel inicuba menghuraikan isu berkaitan dengan pola bermain sejak dulu hingga kini dan fungsinya kepadaperkembangan kanak-kanak. Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2007. Persoalan yang cubadiketengahkan ialah kenapa perubahan itu berlaku? Apakah implikasinya perubahan itu ke atasperkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak? Bagaimanakah perubahan itu boleh ditangani?Apakah peranan keluarga, komuniti dan negara dalam hal tersebut? Makalah ini didasarkan kepadasumber-sumber sekunder daripada penyelidikan perpustakaan dan dianalisis secara induktif. Dapatankajian menunjukkan secara umumnya bermain penting untuk perkembangan fizikal, kognitif, sosialdan emosi kanak-kanak. Akan tetapi perubahan dalam bentuk permainan terutamanya yangmelibatkan layar video dan komputer memberikan implikasi yang berbeza. Implikasi positif ataunegatif bergantung kepada jenis perisian yang digunakan. Permainan layar berbentuk keganasandikaitkan dengan tingkah laku negatif, manakala yang berbentuk pendidikan memberikan implikasipositif. Oleh itu, orang dewasa berperanan memantau aktiviti bermain kanak-kanak.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article