Artikel ini membahaskan FN dirinya yang dikenal pasti sebagai refleksif di dalambahasa Melayu. Sebaliknya, refleksif dirinya pula akan mempunyai bacaan yang taksaapabila hadir di dalam ayat. Ini adalah disebabkan dirinya boleh mempunyai rujukan didalam klausanya dan juga di luar klausanya. Akibatnya, refleksif ini tidak mematuhiPrinsip A. Namun demikian, sifat refleksif jenis ini sering dikenali sebagai refleksifberjarak jauh. Mashudi dan Solakhiah (1997) telah mengkaji bentuk dirinya dalamkerangka teoritis tatabahasa generatif. Mereka mendakwa bahawa bacaan yang taksa olehrefleksif dirinya adalah disebabkan oleh kehadiran fitur [+refleksif] dan [+pronominal]yang dijana oleh dirinya pada struktur-L (struktur lahir/permukaan). Walaupun keduaduaahli bahasa ini dapat membahaskan dengan baik bahawa bentuk dirinya mempunyaibacaan yang taksa kerana fiturnya yang berbeza tetapi mereka tidak menjelaskanbagaimana dua bacaan yang berbeza boleh beroperasi pada satu aras yang sama iaitustruktur-L pada masa yang sama. Cadangan yang membiarkan dua bacaan beroperasipada masa yang sama ke atas dirinya tidak boleh mencapai kepadaan ekplanatori.Analisis ini juga tidak boleh menjelaskan ayat : Sayai percaya bahawa Salimj telahmenembak dirinya*i/j/k. atau Salimj percaya bahawa sayai telah menembak dirinya*i/j/k.Oleh yang demikian, artikel ini akan mengisi kekurangan tersebut. Analisis inimendakwa dan membahaskan bahawa bacaan yang taksa adalah disebabkan oleh fiturseperti [+3] dan [+pronominal] pada enklitik ‘-nya’ dan fitur [+refleksif] pada bentuk diriyang beroperasi pada aras sintaksis yang berbeza. Ini bermakna bacaan yang taksa padadirinya dalam ayat adalah kerana pada struktur-D penutur sudah mempunyai intuisimengenai bacaan pronominal dan bacaan itu tetap ada sehingga pada struktur-L. Padastruktur-L, penutur turut mendapat bacaan refleksif pula. Kehadiran dua bacaan pada arasyang berbeza menyebabkan dirinya telah mempunyai bacaan yang taksa. Analisis iniakan dibahaskan dengan menggunakan Teori Tambatan yang mengawal penyebaran FNdalam suatu ayat.