NOVEL POPPULAR DAN KECENDERUNGAN KHALAYAK REMAJA (Popular Novels and Its Tendency among Adolescent Readers)
Authors
Mawar Safei
Rosnah Baharudin
Siti Rugayah Tibek
Fariza Md Sham
Zamri Ariffin
Samsiah Mohd Nor
Abstract
Kertas ini berdasarkan penyelidikan FRGS berkod UKM-PP-04-FRGS0004-2006 iaitu “Citra Dakwahdalam Novel Melayu Popular: Kajian Pandangan dan Kecenderungan Pembaca Remaja”. Penelitianini lebih melihat apakah yang ditawarkan novel popular sehingga ia diterima oleh sebilangan besarpembaca remaja. Lima novel yang dirumuskan sebagai yang “paling popular” adalah Bicara Hati(Damya Hana), Kau Untukku (Aisya Sofea), Jendela Hati (Aisya Sofea), Kau yang Satu (Nia Azalea)dan Manisnya Cinta (Anis Ayuni). Dapatan kajian adalah dua bentuk yang mempengaruhi kuasa belidan milik novel popular iaitu (i) ciri luaran yang terdiri daripada penerbit, promosi, pengarang danpakej pada novel; (ii) ciri dalaman yang terdiri daripada tema/persoalan, watak/perwatakan dan teknikpenulisan (dimensi bahasa dan latar). Ciri luaran 4P sangat mempengaruhi kedudukan genre ini.Sementara ciri dalaman berikut bertindak sebagai pemangkin iaitu tema percintaan muda mudi,konflik perkahwinan dan kekeluargaan; watak fizikal yang menarik, berpendidikan tinggi, gaya hidupbandar, gengsi dan elit; plot yang senang difahami dengan unsur kebetulan; penggunaan bahasakolokial yang terapung-apung antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Ciri-ciri ini sangatsesuai dengan tuntutan peribadi remaja yang berpegang kepada slogan simplicity and pleasure.