FRANCIS FUKUYAMA DAN “BERAKHIRNYA SEJARAH” SEORANG NEOKONSERVATIF

Authors

  • MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL

Abstract

Sebagai sarjana ekonomi politik, Francis Fukuyama sentiasa diingati kerana tesis beliau“berakhirnya sejarah” pada 1989. Fukuyama juga berterus-terang mengenaikedudukannya sebagai seorang neokonservatif dan terlibat secara dekat dalamperencanaan agenda Pax Amerikana melalui Project for the New American Century.Namun, pasca peristiwa 11 September 2001, atau lebih dikenali sebagai 9/11 telahmenjadikan Fukuyama percaya bahawa pendekatan neokonservatif dalam menanganiperang menentang keganasan adalah salah. Makalah ini cuba untuk melihatsejauhmanakah Fukuyama berasa tidak senang dengan ideologi neokonservatif sertalangkah yang dicadangkannya dalam menyegarkan semula dasar luar AS melalui bukuterbarunya, After the Neocons (2006). Apa yang jelas, Fukuyama masih tetapmempertahankan neokonservatif sebagai satu pendekatan yang baik dengan syaratmereka memberikan lebih perhatian terhadap soal pembangunan politik jika inginmelihat gagasan pendemokrasian dipraktikkan dengan berkesan.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article