RASUAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: SATU ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF NOR HASHIMAH JALALUDDIN ROZAIMAH RASHIDIN
Authors
NOR HASHIMAH JALALUDDIN
ROZAIMAH RASHIDIN
Abstract
Syed Hussein Alatas telah memberikan tujuh tipologi rasuah, antaranya, rasuahperkerabatan, investif, defensif, transaktif, autogenik, memeras dan dukungan.Penggolongan tipologi ini berasaskan pemerhatian. Makalah ini memformalisasikantipologi rasuah ini dengan menggunakan pendekatan semantik kognitif. Berasaskan datadaripada karya sastera Melayu klasik seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, HikayatTerong Pipit dan Hikayat Raja Pasai, konsep rasuah diperincikan. Peluasan maknaperkataan rasuah mempunyai domain teras, pinggiran dan sub-pinggiran. Beberapamekanisme kognitif khususnya metafora konsepsi seperti skema bekas, skema daya, skemapenghubung dan skema imej tatatingkat telah digunakan bagi membantu menjelaskan lagitipologi rasuah ini. Seterusnya, makalah ini cuba mengaitkan fenomena rasuah denganpemikiran masyarakat Melayu hari ini. Konsep ‘membalas budi’ ternyata menjadikanrasuah sebagai satu konsep yang kabur malah ‘halal’ di mata masyarakat Melayu.