MEMBINA KETERANGAN: PEMERIKSAAN UTAMA SEBAGAI TITIK PERMULAAN *
Authors
NORAINI IBRAHIM
Abstract
Ciri utama sistem adversari yang diamalkan di mahkamah di Malaysia ialah pemerolehanketerangan melalui satu wacana proses pemeriksaan lisan. Proses ini melibatkan tiga jenispemeriksaan. Pemeriksaan utama dikendalikan oleh pihak pemanggil, manakalapemeriksaan balas dilakukan oleh pihak lawan. Jika perlu, pemeriksaan semula diadakanoleh pihak pemanggil untuk ‘membetulkan’ keterangan yang rapuh hasil daripemeriksaan balas pihak lawan. Pemeriksaan para saksi yang dipanggil ke mahkamahdijalankan dalam bentuk soal-jawab sesuai dengan prosedur undang-undang. Soalandiberikan oleh peguam dan jawapan disempurnakan oleh saksi. Justeru itu saksi terpilihyang dipanggil akan membantu membina dan seterusnya mengukuhkan versi pihakpemanggil melalui beberapa strategi. Makalah ini yang berteraskan satu kajian kesjenayah di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur, akan menggaris danmembincang beberapa strategi yang digunakan oleh peguam dalam pemeriksaan utamasaksi pakar dalam usaha membina satu versi naratif yang boleh dipercayai.