POLA BEKERJA SAMBILAN KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH MELAKA TENGAH DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PRESTASI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH (Part-Time Working Trend Among the Secondary Students in the District of Melaka Tengah and its Implication to Their Learning Performance in School)

Authors

  • Noraziah Ali
  • Ranimah Yusuf
  • Hasnah Ali

Abstract

Perkembangan pesat Daerah Melaka Tengah yang berkait rapat dengan urbanisasi danglobalisasi telah menjana banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi. Pelajarsekolah menengah adalah sebahagian daripada tenaga kerja sambilan yang telah mengisijawatan kosong di pelbagai kompleks membeli-belah, gerai makanan, bengkel, kilang dansebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola pekerjaan pelajar dan implikasinyaterhadap pendidikan pelajar di Melaka Tengah. Seramai 126 pelajar yang dipilih secarapurposif di lima buah sekolah menengah telah dikajiselidik di sekitar pertengahan tahun2007. Kajian mendapati sebahagian besar responden bekerja dalam sektor perkhidmatansecara sambilan, iaitu selepas habis sekolah, pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah.Dengan bekerja mereka berhadapan dengan kekangan masa dan fizikal untuk melakukanaktiviti pembelajaran di luar masa sekolah seperti mengulangkaji, menyiapkan kerja sekolahdi rumah, kokurikulum dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pendapatan yang perolehipelajar daripada pekerjaan sambilan didapati membantu ekonomi keluarga, memenuhikeperluan kendiri dan menimbulkan rasa keyakinan diri kepada mereka. Banyak isuberbangkit berhubung dengan senario ini. Misalnya terdapat pelajar yang terpaksa bekerjauntuk menampong kewangan keluarga kerana kemiskinan, dan ramai juga pelajar terdorongbekerja untuk membeli peralatan moden (telefon bimbit, baju berjenama, top-up dll) untukgaya hidup semasa, dan paling serius ialah mereka kurang fokus terhadap pelajaran.Justeru, fenomenon pelajar bekerja sambilan dibimbangi menggugat pendidikan mereka.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article