PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA

Authors

  • RADHA NAMBIAR
  • NORAINI IBRAHIM
  • PRAMELA KRISH

Abstract

Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah semakin merosot kebelakangan ini.Menurut Chapman (2006), seramai 20,000 pelajar Tahun Enam telah dikenal pasti mempunyaikemahiran literasi yang lemah. Kelemahan membaca dan menulis merupakan punca utamapencapaian yang sangat rendah. Keadaan ini menjadi pemangkin kajian untuk mengenalpastifaktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini. Makalah ini adalah sebahagian daripada kajiankelompok payung yang menumpu perhatian kepada penggunaan strategi pembelajaran dalamkalangan pelajar-pelajar Tingkatan Dua di negeri Johor Darul Takzim. Seramai 315 orangpelajar dari tiga buah sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan luar bandar telahmengambil bahagian dalam kajian ini. Soal-selidik berkaitan dengan penggunaan strategipembelajaran menjadi instrumen utama kajain ini dan perisian SPSS Versi 14 telah digunakanuntuk menganalisis data. Temu duga secara tidak formal bersama pelajar dan guru dijalankanuntuk mengukuhkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan strategi dalamkalangan pelajar tidak memberangsangkan dan strategi yang popular merupakan strategi-strategiyang tidak memerlukan pertimbangan dan pemikiran yang analitis. Sebagai penutup, makalah inimengesyorkan beberapa cadangan untuk membaiki kelemahan kemahiran membaca dalamkalangan pelajar.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article