KEPENTINGAN PERTUMBUHAN PREMIS KITAR SEMULA DALAM PENGURUSAN SISA DI MALAYSIA (The growth of interest in the premises recycling in waste management in Malaysia)

Authors

  • Zaini Sakawi
  • Katiman Rostam
  • Abd Rahim Md Nor

Abstract

Pembangunan pesat Wilayah Bandar Metropolitan Lembah Klang Langat ke atas bandar pinggirannyabanyak memberi perubahan ke atas pertumbuhan petempatan, sosio-ekonomi, pengangkutan danperhubungan, serta kualiti alam sekitar fizikal. Perubahan yang berlaku ini bukan sahaja memberiimpak ke atas pertumbuhan penduduk, penggunaan ruang, masalah sosial, perpindahan jabatankerajaan, institusi, dan peningkatan taraf ekonomi, tetapi impak ke atas alam sekitar. Dalam erti lain,limpahan pembangunan ini memberi impak positif dan negatif ke atas perubahan aspek fizikal, sosialdan ekonomi kawasan sekitarnya. Artikel ini akan membincangkan perubahan impak pembangunanWilayah Bandar Metropolitan ini ke atas perubahan alam sekitar, khususnya peningkatanpertumbuhan premis kitar semula di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat(MDKL). Perubahan yang berlaku ini akan dilihat dari segi jumlah premis yang menjalankan kitarsemula, jenis bahan yang dibeli untuk dikitar semula dan penglibatan pihak premis dalammenjalankan operasi kitar semula. Kajian ini telah dilakukan di sepanjang bulan Oktober-Disember2007. Analisis kajian berdasarkan jumlah premis kitar semula yang berdaftar di bawah majlis daerah.Senarai semak telah digunakan untuk mengenalpasti jenis bahan yang dikumpul dan kilang tempataktiviti kitar semula dilakukan. Dapatan kajian mendapati pertumbuhan premis kitar semulaberperanan sebagai fenomena langsung yang membantu mengurangkan kuantiti sisa buangan pepejalke tapak pelupusan dan penjana ekonomi kepada penduduk sekitar dan premis kitar semula.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article