KANDUNGAN LOGAM BERAT DALAM PERSEKITARAN TANIH DAN DILLENIA SUFFRUTICOSA DI KAWASAN LOMBONG PELEPAH KANAN, KOTA TINGGI JOHOR (Heavy metals content in Soil Environment dan Dillenia Suffruticosa at Pelepah Kanan Mining Area, Kota Tinggi, Johor)

Authors

  • Sahibin Abd. Rahim
  • Wan Mohd. Razi Idris
  • Zulfahmi Ali Rahman
  • Tukimat Lihan
  • Ramlan Omar
  • Muhammad Barzani Gasim
  • WongWei Cheng

Abstract

Kajian ini dijalankan di kawasan lombong besi Pelepah Kanan di Kota Tinggi, Johor. Tiga bahagiantumbuhan (daun, batang dan akar) Dillenia suffruticosa serta substrat tanih yang menyokongpertumbuhannya dikumpulkan dari kawasan tanih lombong. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukankandungan logam berat dalam tanih dan tumbuhan Dillenia suffruticosa. Sebanyak 14 sampel tanihdan tumbuhan Dillenia suffruticosa dikumpul untuk dianalisis. Kandungan logam berat jumlah dalamtanih diekstrak dengan asid nitrik dan asid perklorik dalam nisbah 3:1 manakala kandungan logamberat tersedia dalam tanih diekstrak dengan larutan ammonium asetat-asid asetik. Kandungan logamberat dalam tumbuhan pula diekstrak melalui kaedah penghadaman basah. Kandungan logam berat didalam larutan hasilan ekstrak tanih dan tumbuhan ditentukan dengan Spektrofotometer PenyerapanAtom Nyalaan (Perkin Elmer Model 3300). Hasil kajian menunjukkan bahawa Fe mencatatkankepekatan purata jumlah yang tertinggi di dalam tanih diikuti oleh Mn, Sn, Co, Cu, Pb, Zn, Ni, Cd danCr. Kepekatan purata logam berat tersedia dalam susunan menurun adalah serupa dengan puratakepekatan jumlah. Logam berat yang banyak diambil oleh tumbuhan berdasarkan BACnya adalah Ni,Mn, Cr, Sn, Zn dan Cu. Didapati tumbuhan Dillenia suffruticosa ini sesuai sebagai agen fitoremidiasiuntuk logam-logam ini.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article