DEPRESI DAN KUALITI HIDUP KESIHATAN PESAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR (Depression and health-related quality of life of end-stage renal disease patients)

Authors

  • Norhayati Ibrahim
  • Asmawati Desa
  • Norella Kong

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai tahap depresi dan hubungannya dengan kualiti hidup kesihatan dikalangan pesakit buah pinggang tahap akhir (BPTA) yang menjalani rawatan hemodialisis (HD) diMalaysia. Seramai 183 orang pesakit hemodilisis di bawah pengurusan pusat perubatan UniversitiKebangsaan Malaysia dan pusat dialisis amal MAA-Medicare telah dijadikan subjek kajian. BeckDepression Inventory 11 (BDI 11) telah digunakan untuk mengukur tahap depresi dan Short- form 36(SF-36) bagi mengukur kualiti hidup kesihatan pesakit. Pengumpulan data melalui temuduga berstrukturtelah dijalankan di antara November 2008 hingga Julai 2009. Kajian ini berbentuk kajian rentas dan datadianalisis menggunakan ujian t, ANOVA dan korelasi Pearson. Keputusan menunjukkan sebanyak 8.2%pesakit HD mengalami depresi yang teruk dan terdapat hubungan yang negatif di antara depresi dankualiti hidup kesihatan pesakit. Dapatan kajian ini menggambarkan bahawa semakin tinggi depresi dikalangan pesakit hemodialisis maka semakin rendah kualiti hidup kesihatan mereka.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article