PSIKOLOGI ISLAM : SUATU PENDEKATAN PSIKOMETRIK REMAJA BERISIKO (Islamic Psychology: An Approach to Psychometric for At-Risk Adolescence)

Authors

  • Khaidzir Hj. Ismail
  • Khairil Anwar

Abstract

Secara teoritikal mahupun falsafah, psikologi Islam telahpun berkembang seiring dengan tuntutanIslamisasi ilmu. Namun untuk memperjuangkan psikologi Islam sebagai salah satu disiplin ilmu yangdiakui, masih jauh dari kenyataan. Tentangan dan harapan ini memerlukan suatu paradigma danepistemologi khas yang mengarah kepada konseptualisasi dan pengukuran (psikometrik). Dalamkonteks sejarah pula, psikologi baru diakui sebagi suatu ilmu berasaskan verifikasi pengukurankuantitatif, sebagaimana yang dipelopori oleh Wilhelm Wundt dengan strukturalismenya. Oleh ituartikel ini cuba menawarkan konsep epistemologi pengukuran dalam psikologi Islam dengan caramentransformasikan ideologi, budaya dan sosial yang berasaskan Al-Qur‟an dan Hadits untukmembentuk konstruk dan indikator-indikator sesebuah pengukuran yang dibina menurut kaedahpsikometrik yang sedia ada. Konsep mental-kognitif sebagai bentuk cara berfikir berteraskan Islamtelahpun dibina dengan pendekatan tawaran epistemologi dimana pengukuran ini telah ditadbirkepada remaja bermasalah di pusat-pusat pemulihan seramai 472 orang pada bulan april 2009 di pusatpemulihan Terengganu, Kelantan, Melaka dan Perak, Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian tinjauandengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan tahap mental-kognitif remaja tersebutadalah pada tahap yang rendah. Manakala dari segi reliabiliti dan validiti memperlihatkan indeks yangbaik. Diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada berkembangan pembinaan alatpengukuran dan modul-modul intervensi psikologi yang berteraskan Islam untuk remaja berisiko.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article