PERHUBUNGAN ANTARA KREATIVITI FIGURA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR : SATU TINJAUAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI KUALA LUMPUR (Relationship between Figural Creativity and Academic Achievement: A survey Among Form Four Students in Several Secondary Schools in Kuala Lumpur)

Authors

  • SOON SINGH A/L BIKAR SINGH

Abstract

Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji perhubungan antara kreativiti figura denganpencapaian akademik dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di beberapa buah sekolah di KualaLumpur. Kaedah survei telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dari bulan Jun 2009hingga April 2010. Data kajian dikumpul dengan menggunakan instrumen Torrance Test of CreativityThinking (Form A) versi Bahasa Melayu. Responden kajian ini terdiri daripada 300 orang pelajarTingkatan Empat yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak dari lima buahsekolah menengah yang terletak di empat zon pentadbiran Jabatan Pelajaran Wilayah PersekutuanKuala Lumpur. Enam puluh orang responden dipilih dari setiap sekolah. Purata umur responden ialah16.2 (SP = 0.52). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Tingkatan Empat di Kuala Lumpuradalah lebih kreatif dalam komponen Kelancaran Figura diiikuti dengan Fleksibiliti Figura, KeaslianFigura dan Penghuraian Figura. Terdapat juga perbezaan yang singinifikan dalam tahap KreativitiFigural antara jantina (t = 2.009, df = 298, k < .05). Pelajar lelaki lebih kreatif dalam komponenKelancaran Figura (M = 19.41, SP = 6.02) dan Penghuraian Figura (M = 10.55, SP = 2.97). Manakalapelajar perempuan pula lebih kreatif dalam komponen Keaslian Figura (M = 15.69, SP = 5.34) danFleksibiliti Figura (M = 15.69, SP = 5.34). Akhir sekali dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawaterdapat perhubungan yang sangat kuat antara Kreativiti Figura dengan pencapaian akademik (r = .81; k < . 05).

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article