PERALIHAN DEMOGRAFI DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL MASYARAKAT MELAYU : SUATU PERBANDINGAN ANTARA MALAYSIA DAN KEMBOJA (Demographic Transition and Social Well-being of the Malay Community : A Comparative Study of Malaysia and Cambodia)
Authors
Asmah Ahmad
Rosniza Aznie Che Rose
Abstract
Ciri kependudukan sesuatu masyarakat berkait rapat dengan tingkat kesejahteraan sosial yangdinikmatinya. Suatu aspek sifat kependudukan tersebut ialah tinggi rendahnya tingkat kesuburan dankematian yang dialami. Tingkat pembangunan sebagai suatu ukuran kemajuan atau tingkatkesejahteraan pernah dikaitkan dengan ciri kependudukan sedemikian melalui hubungan songsang.Masyarakat yang bercirikan kadar kelahiran dan kematian rendah dilihat sebagai mempunyai tingkatpembangunan relatif tinggi, justeru kesejahteraan tinggi, berbanding masyarakat yang bercirikankadar kelahiran dan kematian tinggi pula mempunyai pembangunan relatif rendah, justerukesejahteraan juga rendah. Dengan berlatar belakangkan hujah sedemikian, makalah ini cubamerungkai keadaan kesejahteraan sosial penduduk Melayu Malaysia dan Kemboja dengan menyusuriprestasi evolusi peralihan demografi masing-masing melalui pembangunan kesihatan dan pelajaran,iaitu dua daripada komponen kesejahteraan sosial. Kedua-dua komponen kesejahteraan inimemainkan peranan unggul dalam mempengaruhi tingkat kelahiran dan kematian. Analisis daripadadata sedia ada menunjukkan Malaysia berada di akhir peralihan demografinya dengan kadar kelahirandan kematian rendah pada tahun 2000 (masing-masing 25 kelahiran dan 5 kematian per 1000penduduk) sementara Kemboja masih berada di peringkat awal peralihan dengan kadar kelahiran dankematian yang masih tinggi (34 kelahiran dan 11 kematian per 1000 penduduk). Kadar ini terjelmadaripada tingkat kadar kematian bayi (IMR) yang rendah dan jangkaan hayat yang tinggi (indikatorkesihatan relatif baik) di Malaysia, sebaliknya kadar kematian bayi yang tinggi dan jangkaan hayatyang rendah (indikator kesihatan relatif rendah) bagi Kemboja. Kesejahteraan yang lebih baik diMalaysia juga digambarkan melalui kadar celek huruf dan Keluaran Dalam Negara Kasar yang jauhlebih tinggi berbanding Kemboja. Kedua-dua indikator akhir ini mempengaruhi taraf kesihatanberbeza yang dialami Malaysia dan Kemboja.