KANDUNGAN KARBON ORGANIK DAN STOK KARBON DALAM TANIH GAMBUT, PERSEKITARAN PERTANIAN KELAPA SAWIT, KUALA LANGAT SELATAN, SELANGOR (Organic Carbon Content and Carbon Stock in Peat Soil of Oil Palm Plantation Environment, Kuala Langat Selatan, Selangor)

Authors

  • Sahibin Abd. Rahim
  • Zulfahmi Ali Rahman
  • Mohd Nizam Mohd Said
  • Wan Mohd Razi Idris
  • Tukimat Lihan
  • Lee Yook Heng
  • Tajudin Mahmud
  • Cho Wai Keat

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk menentukan kandungan karbon dan stok karbon dalam tanih gambut dikawasan penanaman kelapa sawit di Kampung Tumbuk Darat, Kuala Langat Selatan, Selangor.Sampel tanih gambut telah diambil berdasarkan persampelan dalam plot satu hektar yang telahdibahagikan kepada 16 subplot bersaiz 25x25m. Kajian telah dilakukan pada 20hb Disember 2008.Persampelan telah dilakukan di semua subplot mengikut kedalaman hingga ke tanih mineral.Kandungan karbon organik tanih ditentukan berdasarkan Kaedah Walkley & Black. Penentuan pHdalam tanih: air suling dan pH dalam tanih: KCl dijalankan berdasarkan nisbah 1:2.5 bagi tanih danair. Kekonduksian elektrik ditentukan di dalam hasil ekstrak gipsum tepu. Kandungan asid humik danasid fulvik ditentukan dengan kaedah pengasingan molekul asas. Purata nilai kekonduksian elektrikadalah dari 2.50 mScm-1 hingga 2.78 mScm-1. Nilai kekonduksian elektrik meningkat mengikutkedalaman. Purata nilai pH:air suling dan pH:KCl adalah masing-masing dari 3.36 hingga 3.59 dan2.91 hingga 3.09. Purata nilai pH dalam KCl meningkat sedikit mengikut kedalaman. Puratakandungan karbon organik di dalam tanih berjulat dari 38.25% hingga 42.49%, dengan kandungannyaberkurang mengikut kedalaman. Bagi asid humik dan asid fulvik, purata kandungannya masingmasingadalah dari 3.29 hingga 4.24% dan dari 1.10 hingga 2.61%. Purata kandungan kedua-dua jenisasid organik ini berkurangan mengikut kedalaman. Berat tanih yang dikira dalam satu hektar padakedalaman 80 cm dan mempunyai ketumpatan pukal 0.26 g/cm3 adalah 2080 tan/ha, manakala stokkarbonnya adalah 872.72 tan/ha.

Downloads

Published

2017-11-22

Issue

Section

Article