PERANAN TEORI PSIKOLINGUISTIK DALAM PEMURNIAN DAN PEMERKASAAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA (The role of psycholinguistic theory in refining and strengthening of the Malay language education in Malaysia)
Authors
Zulkifli Hamid
Abstract
Makalah ini membicarakan dua bidang utama dalam disiplin linguistik, iaitu psikolinguistik danpendidikan bahasa. Kita akan melihat bagaimana teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistikdapat diterapkan dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.Penerapan teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik ini melibatkan kedua-dua tahap dalamproses pendidikan bahasa, tahap perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan bahasa.Beberapa aspek akan difokuskan dalam perbincangan, antara lain perbezaan antara pemerolehan bahasapertama dan pembelajaran bahasa kedua, keperluan menyeimbangkan pengetahuan nahu dan pengetahuankecekapan berbahasa, penerapan prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan pengajaran pembentukanbiasaan berbahasa. Kita akan turut membincangkan kesan ketakseimbangan dalam perancangan danpelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu terhadap bentuk pengetahuan bahasa Melayu parapelajar, dan seterusnya pengaruh bentuk pengetahuan bahasa ini terhadap Negara, khususnya terhadappemasyarakatan konsep satu Malaysia, iaitu Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersatu padu, harmonidan rakyatnya saling hormat menghormati