STRATEGI TRADISIONAL KOMUNITI JAKUN TASIK CHINI, PAHANG MENGURUS SUMBER SEMULAJADI SECARA LESTARI (The Jakun Traditional Strategy in Managing Natural Resource Sustainably Surrounding Tasik Chini Basin, Pahang)
Authors
Mustaffa Omar
Zanisah Man
Ishak Yussof
Abstract
Mekanisma tradisional yang diamalkan komuniti asli Jakun dalam mengurus sumber semulajadi di sekitarLembangan Tasik Chini merupakan asas kepada usaha-usaha konservasi yang penting. Sehubungan itu,suatu kajian telah dijalankan bagi mendokumentasi nilai penghargaan (values), ancaman dan cabaran(threats & challenges) serta strategi tradisional yang digunakan komuniti ini bagi mengurus sumbersemulajadi secara lestari. Data dikumpulkan melalui beberapa siri lawatan ke lapangan pada tahun 2007-2008 dengan menggunakan soal selidik, kaedah temubual dan pemerhatian langsung. Seramai 80 orangindividu dewasa dengan sebahagian besar merupakan ketua isirumah dari enam buah perkampungan disekitar Tasik Chini telah ditemubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kawasan lembangan TasikChini (termasuk badan air dan sekitarnya) telah menawarkan pelbagai fungsi dan sumbangan berhargakepada penduduk setempat daripada segi ekonomi dan sosial. Antara sumbangan bernilai kawasanlembangan tersebut termasuklah sebagai tapak pertanian dan kawasan perikanan, sumber pencarian hasilhutan, mod pengangkutan, dan perlindungan demi kelangsungan hidup penduduk setempat. Penghargaantinggi penduduk setempat terhadap kawasan ini telah mendorong mereka mengambil pelbagai strategibersifat tradisional untuk mengurus dan melindungi sumber-sumber sekeliling agar kekal lestari bagimemenuhi keperluan hidup mereka untuk suatu jangka masa panjang. Kajian ini merumuskan bahawasebarang usaha konservasi yang ingin dilaksanakan di kawasan ini memerlukan penglibatan danpenyertaan aktif penduduk setempat. Untuk sekian lama, strategi pengurusan tradisional yang diamalkanpenduduk setempat telah berjaya melindungi dan memulihara sumber-sumber alam sekeliling tasiktersebut secara lestari. Namun, kegagalan pihak berkuasa mengambil kira sumbangan strategi traditionalpenduduk setempat dalam program pemuliharaan tasik ini menyebabkan usaha-usaha pemuliharaan yangdilaksanakan setakat ini kurang berkesan dalam mencapai matlamatnya.