KESAN EKONOMI PELANCONGAN TERHADAP KOMUNITI BATEK DI KUALA TAHAN, PAHANG (THE IMPACT OF TOURISM ECONOMY ON THE BATEK COMMUNITY OF KUALA TAHAN, PAHANG)
Authors
Zanisah Man
Nurul Fatanah Zahari
Mustaffa Omar
Abstract
Pelancongan dilihat memainkan peranan penting dalam penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatanbagi komuniti Batek yang menetap di sekitar Taman Negara, Pahang. Tulisan ini bertujuan untukmengupas isu dan cabaran yang dihadapi komuniti Batek kesan daripada perkembangan industripelancongan di Kuala Tahan, Pahang. Dalam konteks ini, komuniti Batek tidak terkecuali turutmenerima limpahan daripada perkembangan industri ini. Penglibatan komuniti Batek dalam ekonomipelancongan di Taman Negara, Pahang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu sebagai pekerja(pemandu pelancong dan pemandu bot) dan juga sebagai subjek tarikan pelancong itu sendiri (ikonbudaya). Golongan wanita terutamanya di Kg. Gua Telinga dan Kg. Dedari juga turut melibatkan diridalam ekonomi ini sebagai penghasil kraftangan dengan kaum lelaki membantu memasarkan hasilproduk tersebut. Walaupun begitu, penglibatan komuniti Batek dalam industri pelancongan ini samaada sebagai pemandu pelancong dan/atau pemandu bot amat bergantung kepada hubungan baikmereka dengan masyarakat luar, selain mempunyai kemahiran berkomunikasi ketika berhadapandengan pelancong asing. Pelancongan juga telah meninggalkan beberapa impak tertentu ke ataskomuniti Batek. Antaranya termasuklah mengganggu hak privacy individu dan komuniti Batek, hakkomuniti dalam mempertahankan keaslian budaya, membataskan kebebasan bergerak mencari sumberkehidupan daripada situasi sebelumnya, meningkatnya ancaman kesihatan dan jangkitan penyakit dariluar, bertambahnya tuntutan kepada penghasilan produk lebih berkualiti untuk tujuan pasaran, danakhir sekali meningkatnya persaingan dan eksploitasi punca pencarian dengan pihak luar.