KEPERLUAN, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN PERANCANGAN PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA (The needs, Importance and Contributions of Educational Planning in the Development of Malaysian Economy)

Authors

  • Hasnah Ali
  • Luqman Ahmad
  • Sanep Ahmad
  • Noraziah Ali

Abstract

Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah berjaya membawa negara ke tahap yang agakmemuaskan berbanding dengan negara membangun yang lain. Perancangan pembangunan negarabermula dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) sehingga Rangka RancanganJangka Panjang Ketiga (RRJP 3) yang meliputi dasar utama pembangunan seperti Dasar EkonomiBaru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Sehinggakini semua dasar telah menampakkan kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dantelah diperincikan melalui rancangan lima tahun. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,struktur pendidikan telah berubah di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan denganmemperkukuhkan sistem pendidikan negara dan membina perpaduan sosial, ekonomi dan politik.DEB mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pendidikan negara. Sebelum tahun 1970,sebilangan besar bumiputera lemah dalam pendidikan menyebabkan hanya segelintir sahaja yangmempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan bagi memenuhi gunatenaga mahir manusia dalamberbagai-bagai profesion yang diperlukan. Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalahkunci kepada peningkatan daya saing negara. Kertas kerja ini menganalisis kepentingan sektorpendidikan dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun dan sumbangannya kepadapembangunan ekonomi negara. Kajian empirik juga dilakukan untuk menentukan kesan keberkesananperbelanjaan pendidikan terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kajianmendapati dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun bermula dari Rancangan MalaysiaPertama hingga ke rancangan terkini, aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia memangsentiasa ditekankan. Dasar pembangunan sumber manusia terutama sekali bahagian pendidikan danlatihan menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dengan peralihan ekonomi Malaysia daripadaintensif buruh kepada intensif modal dan intensif teknologi. Peruntukan yang tinggi juga telahdiberikan kepada sektor ini dan telah memberikan banyak kesan positif seperti pengurangankemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat bagi menegakkan DEB, DPN dan DWN.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article