PEMODELAN HIDROLOGI - HIDRAULIK ALIRAN AIR SONGSANG DAN ANALISIS SAIZ PARTIKEL SEDIMEN SUNGAI CHINI, PAHANG (Modeling the Hydrologic-Hydraulic of Backwater Flow and Sediment Particle Saiz Analysis in Sungai Chini, Pahang)
Authors
Mohd Ekhwan Toriman
Mohd Khairul Amri Kamarudin
Nor Azlina Abd Aziz
Muhamad Barzani Gasim
Mushrifah Hj Idris
Nor Rohaizah Jamil
Abstract
Aliran air songsang merupakan aliran abnormal waktu banjir akibat kemasukan air sungai utama keanak sungai. Kemasukan air Sungai Pahang beserta sedimen terampai yang banyak telahmenyumbang terhadap pemendapan sedimen yang aktif dan bersaiz halus di Sungai Chini. Artikel inimembincangkan hasil kajian mengenai penentuan saiz bahan sedimen yang telah dijalankan di SungaiChini pada dua musim yang berbeza iaitu musim normal (16/8/08) dan musim hujan (4/12/08).Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih. Parameter yang telah diguna bagi tujuan kajian adalahberdasarkan kepada jenis taburan saiz partikal sedimen (g). Pengelasan mengikut saiz bahan telahdikira dan ditentukan melalui nilai skala Phi (ø) bagi mengira pelbagai nilai statistik seperti median,min (M), sisihan piawai (D) dan pencongan (S). Nilai luahan sungai (m3/s) dan beberapa datahidraulik lain juga dikira bagi pemodelan simulasi dengan menggunakan perisian XP-SWMM.Simulasi dijalankan bertujuan melihat aliran sebenar yang berlaku ketika kajian dijalankan sertamengenalpasti masalah semasa yang timbul. Keputusan kajian yang diperolehi dengan saiz partikelyang ditunjukan oleh nilai statistik Min (M) adalah jenis butiran yang kasar, iaitu di antara phi ø 0.00ke phi ø 1.00. Sisihan Piawai (D) menunjukkan tahap keseragaman endapan yang buruk dan sangatburuk, iaitu di antara phi ø 1.00 ke phi ø 4.00 dan Pencongan (S) adalah bersaiz butiran yangsederhana hingga ke sangat halus (phi ø +0.10 ke phi ø +1.00).