MUATAN SEDIMEN TERAMPAI DAN PERKAITANNYA DENGAN PENGHASILAN MUATAN SEDIMEN PADA MUSIMKERING DAN HUJAN DI TASIK CHINI, PAHANG (Suspended Sediment Loads and its Relationship with the Production of Sediment load During Dry and Wet Seasons in Tasik Chini, Pahang)
Authors
Nurul Syazwani Ab Rani
Mohd Ekhwan Hj Toriman
Mushrifah Hj Idris
Nor Rohaizah Jamil
Mohd Khairul Amri Kamarudin
Abstract
Hasil muatan sedimen terampai dari Sungai Chini yang merupakan salah satu daripada sungaipembekal aktif Tasik Chini, Pahang telah dikaji berdasarkan 3 stesen persampelan pada musimnormal dan musim hujan. Pencerapan data pada musim normal dilakukan pada 16/08/08,31/08/08 dan 13/09/08. Manakala, pada musim hujan pada 4/12/08, 25/12/08 dan 25/01/09. Duaparameter telah diukur, iaitu nilai luahan (Q) sungai m3/s dan konsentrasi sedimen (mg/L). Padamusim normal anggaran Q di ketiga-tiga stesen adalah 48, 608, 640 L/ hari, 86, 875, 200 L/ haridan 95, 264, 640 L/ hari. Manakala, pada musim hujan anggaran Q adalah 66,795,840 L/ hari,381,801,600 L/ hari dan 300,888,000 L/ hari. Konsentrasi muatan sedimen terampai yangdirekodkan di ketiga-tiga stesen pada musim normal dan hujan juga menunjukkan nilai yangberbeza. Pada 16/08/08, muatan sedimen yang direkodkan di ketiga-tiga stesen adalah 17.2 mg/L,42 mg/L dan 22.4 mg/L. Seterusnya, 32.8 mg/L, 37.6 mg/L, 36.8 mg/L pada 31/08/08 dan pada13/09/08 muatan sedimen terampai adalah 17.6 mg/L, 38.4 mg/L dan 38.8 mg/L. Manakala, padamusim hujan nilai muatan sedimen terampai pada 4/12/08 adalah 28.8 mg/L, 56 mg/L dan 71.2mg/L. Pada 25/12/08 muatan sedimen terampai adalah 21.6 mg/L, 19.6 mg/L dan 39.2 mg/L dan20.8 mg/L, 42.8 mg/L dan 36 mg/L pada 25/01/09. Secara puratanya, apabila nilai muatansedimen terampai ditukarkan kepada penghasilan muatan sedimen per tahun ialah 20,984.52kg/km2/tahun (20.65 tan/km2/tahun) pada musim normal dan 86,248.68 kg/km2/tahun (84.88tan/km2/tan).