PEMBANGUNAN DAN IMPAK TERHADAP KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN PENDUDUK SETEMPAT: ANALISIS JARINGAN DI WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR JOHOR (Development and Its Impact on the Safety and Well-being of Local Residents: A Network Analysis of the Iskandar Development Region, Johore)
Authors
Er Ah Choy
Katiman Rostam
Aishah@Eshah Hj. Mohamed
Zaini Sakawi
Abd. Rahim Md. Nor
Abstract
Aktiviti pembangunan menghasilkan kesan ke kawasan sekitarnya terutama dari segi pertambahanpenduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruktur asas dan eksploitasi sumber.Artikel ini bertujuan menganalisis impak pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)khususnya pembangunan perindustrian terhadap alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat.Analisis jaringan dilakukan untuk mengkaji jaringan antara kerajaan, industri serta masyarakat dalamusaha menangani isu alam sekitar. Data sekunder diperolehi daripada laman web WPI Johor, PejabatPengurusan Wilayah Iskandar Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pihak Berkuasa Tempatan.Data primer diperolehi melalui temu bual berdasarkan set soalselidik dengan penduduk setempat padabulan November 2009 hingga Januari 2010. Kajian lapangan tersebut bertujuan memperolehipersepsi penduduk setempat tentang impak pembangunan WPI terhadap alam sekitar. Kaedahpensampelan berkelompok digunakan untuk memilih 100 orang responden. Maklumat jugadiperolehi melalui analisis kandungan dokumen berkaitan serta temu bual dengan informan utama.Data terkumpul diproses dengan program SPSS dan dianalisis menggunakan korelasi Spearman.Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencemaran alam sekitar denganaktiviti perindustrian (rs = 0.257, p < 0.01). Hubungan antara kawasan perindustrian yang hampirdengan kehadiran jumlah pekerja asing ke kawasan perumahan positif dan signifikan (rs = 0.217, p <0.05). Keselesaan dan keharmonian penduduk setempat tergugat ( rs = 0.249, p < 0.05). Hubunganyang signifikan antara kehadiran pekerja asing dengan masalah sosial positif dan signifikan (rs =0.597 , p < 0.01). Masalah sosial telah menjejaskan kesejahteraan, keselesaan dan keharmonianpenduduk setempat tergugat (rs = 0.350, p < 0.01). Aktiviti perindustrian yang dijalankan turutmenggugat kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat (rs = 0.266, p < 0.01).