PENILAIAN CIRI FIZIKO-KIMIA TANIH PASIR DI PERSEKITARAN DATARAN BANJIR SG. LANGAT, SELANGOR UNTUK PENANAMAN RUMPUT DAN PERTANIAN ( Physico-chemical Characteristics Assessment of Sandy Soil from Floodplain Environment of Sg. Langat, Selangor for Grass Growing and Agriculture)
Authors
Sahibin Abd. Rahim
Wan Mohd. Razi Idris
Zulfahmi Ali Rahman
Tukimat Lihan
Ramlan Omar
Shahrul Rizal Ahmad
Abstract
Kajian ke atas ciri fiziko-kimia pasir dari dataran banjir Sg. Langat telah dilakukan. Sebanyaktiga stesen persampelan (S1, S2 dan S3) telah dipilih untuk mengambil sampel tanah yangdiuji. Ciri fiziko-kimia yang ditentukan adalah pH, kekonduksian elektrik, kandungan bahanorganik, taburan saiz, ketumpatan, potensi penahanan air dan potensi sejatan. Nilai pHditentukan dalam larutan air:tanah dalam nisbah 2.5:1. Kekonduksian elektrik ditentukan dariekstrak gipsum tepu. Taburan saiz zarahan ditentukan menggunakan kaedah pipet dan ayakankering. Kandungan bahan organik ditentukan dengan kaedah kehilangan menerusipembakaran. Kekonduksian hidrolik ditentukan menerusi kaedah jatuhan kepala tekanan.Evaporasi tanih diukur dari kehilangan berat harian sampel. Ketumpatan pukal dan jumlahruang rongga didapatkan secara perkiraan. Penahanan air ditentukan dengan membiarkandidapatkan dengan membiarkan tanih tepu air menyalir untuk mencapai had basah. Nilai pHtanih pasir di sekitar 4.93 hingga 5.57. Nilai kekonduksian elektrik adalah di bawah 3.4mS.cm-1. Tanih didominasi oleh saiz pasir sangat halus dan pasir halus dengan kandungannyadi S1, S2 dan S3 masing-masing 28.5, 29.5 dan 25.0% dan 38.1, 23.2 dan 24.2%. Kandunganpasir yang tinggi menyebabkan air dipegang oleh butiran pasir dengan sedutan yang rendahiaitu dari -0.19 hingga -1.67 bar. Ketumpatan pukal tanih adalah sederhana dan kandunganbahan organiknya sangat rendah (<1%). Kandungan ruang rongga adalah di sekitar 55%.Kandungan air pada had basah adalah antara 51 hingga 59%, manakala kandungan udarapada had basah adalah dari 41 hingga 49%. Berdasarkan ciri tanih di atas, rumput sertatanaman lain yang ditanam pada tanih ini dijangka mengalami masalah kedapatan air yangrendah jika penyiraman tidak dilakukan secara kerap.