PERUBAHAN BUDAYA ORANG BATEQ DALAM SITUASI EKOPELANCONGAN DI TAMAN NEGARA (Cultural Changes of Bateq People in the Situation of Ecotourism in National Park)
Authors
Zuriatunfadzliah Sahdan
Rosniza Aznie Che Rose
Habibah Ahmad
Abstract
Penglibatan etnik peribumi dalam industri pelancongan adalah penting. Keunikan budaya merekatelah menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi Malaysia seterusnya menyumbang kepadapeningkatan ekonomi. Namun, kemasukan pelancong mempengaruhi etnik peribumi dalam mengubahbudaya dan cara hidupnya. Artikel ini menyelidiki perubahan budaya orang Bateq yang terlibat dalamekopelancongan di Taman Negara berdasarkan teori difusi. Kajian ini dijalankan pada bulan Febuari2009. Aspek kajian memfokus kepada aspek budaya seperti bahasa, pakaian, pemakanan dan kraftangan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menjadikan temu bual dan analisis dokumensebagai instrumen utama. Transkrip temu bual dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo.Perisian ini membolehkan tema diwujudkan berdasarkan persoalan kajian untuk memudahkan prosesanalisis dan seterusnya mencapai objektif kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini telahdibuktikan dan disahkan oleh Triangulasi data. Triangulasi dilakukan dengan membandingkan setiapmaklumat dari analisis dokumen, temu bual terhadap peserta kajian dan informan tambahan sertapemerhatian berdasarkan soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada empat aspekbudaya yang dikaji, hanya satu aspek budaya yang mengalami perubahan iaitu pakaian. Pakaian orangBateq telah berubah serta-merta tanpa pengekalan budaya tradisional. Ini berbeza dengan aspekpemakanan yang hanya berubah sebahagiannya dan masih bercampur dengan budaya asal.Sebaliknya, tiada sebarang perubahan dalam aspek bahasa dan kraftangan tradisional orang Bateq.Hal ini menunjukkan bahawa tahap ketahanan budaya orang Bateq adalah tinggi jika dibandingkandengan sejarah latar belakang penglibatan mereka dalam ekopelancongan.