MEMPERKASA GEOGRAFI MANUSIA DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN
Authors
Amriah Buang
Abstract
Makalah ini membicarakan isu dan cabaran yang sedang mencirikan pengajian tinggi disiplinGeografi, khususnya Geografi Manusia, di Malaysia. Didahului dengan imbasan situasi dibeberapa negara lain untuk menunjukkan bahawa Geografi Manusia di Malaysia tidak unikdalam hal ini, empat isu dan cabaran pemerkasaan Geografi Manusia di Malaysiadikenalpasti, iaitu (i) Mempertahankan kesatuan jatidiri geografi sebagai satu disiplin yangkoheren dan tersendiri di peringkat pengajian tinggi; (ii) Menjamin kemandirian institusigeografi manusia di peringkat pengajian tinggi; (iii) Menjamin keserlahan peranan geografidalam masyarakat; dan (iv) Menjana keupayaan geografi manusia di Malaysia menonjolkandiri di peringkat antarabangsa. Langkah-langkah pemerkasaan selaras dengan keempat-empatkategori isu dan cabaran ini digariskasarkan selanjutnya.