KEUPAYAAN PENDEKATAN INSTITUSI DALAM MENGHURAI PUNCAPUNCA TANAH PERTANIAN TERBIAR DI DAERAH KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
Authors
Azima Binti Abdul Manaf
Abstract
Kajian ini menumpu perhatian kepada keupayaan pendekatan institusi dalammenghuraikan punca-punca dan pemulihan tanah pertanian terbiar di daerah Kuala Pilah,Negeri Sembilan. Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya tanah pertanianterbiar yang boleh diklasifikasikan sebagai punca formal yang bertulis dan puncainformal yang tidak bertulis. Menurut pendekatan ini, institusi formal dan informalmempengaruhi sikap aktor. Justeru, penelitian terhadap institusi formal mampumengenalpasti setakat mana aktor berperanan untuk menyediakan bekalan tanah bagimaksud pembangunan pertanian. Begitu juga dengan peraturan tidak formal yangmerupakan sikap aktor dalam usaha memajukan tanah pertanian di lokasi kajian.Pengumpulan data dibuat melalui temu bual dengan aktor yang terlibat yakni pemiliktanah dan agensi kerajaan, untuk mengenalpasti peraturan bertulis dan sikap merekaterhadap punca tanah menjadi terbiar, melalui persampelan tidak berstrata yangmelibatkan 52 lot tanah terbiar di 19 buah kampung dalam daerah Kuala Pilah. Analisisdibuat secara kualitatif dengan memberikan penekanan kepada sikap pemilik tanah yangterlibat. Hasil kajian mendapati terdapat masalah dalam hubungan sosial antara agen yangtelah menjadi punca berlakunya tanah pertanian terbiar di kawasan kajian, apabila timbulmasalah sikap yang akhirnya mendorong pemilik tanah untuk tidak mengusahakan tanahdan seterusnya menjadi terbiar. Jadi, kajian ini menunjukkan kepentingan peraturanformal dan tidak formal dalam membataskan penawaran tanah untuk maksud pertanian dikawasan kajian.