CIRI HIDROLOGI DAN HAKISAN TEBING SUNGAI DI SUNGAI LENDU, ALOR GAJAH MELAKA

Authors

  • Mohd Ekhwan Hj. Toriman
  • Haryati Che’ Lah

Abstract

Status hidrologi dan hakisan tebing sungai telah dikaji di Lembangan Sungai Lendu,Melaka. Data dari stesen Batu Berendam telah digunakan bagi menganalisis statushidrologi di kawasan berkenaan. Selain itu, hakisan tebing sungai turut dikajimenggunakan teknik hakisan pin di lapangan. Data kemudiannya dianalisis menggunakanstatistik mudah Smith. Hasil analisis hidrologi mendapati Sungai Lendu berada di dalamwilayah hidrologi yang diklasifikasikan sebagai L3W1 dengan Hujan (P)- Potensi sejatpeluhan (PE) di bawah 500 mm setahun. Potensi air larian di kawasan kajian ialah 466mm. Purata hujan tahunan bagi tempoh 1970 hingga 2002 ialah 1999 mm iaitu di bawahdaripada purata hujan tahunan bagi Semenanjung Malaysia. September, Oktober danNovember merupakan paling banyak menerima hujan setiap tahun, masing-masing padakadar 208 mm, 205 mm dan 242 mm. Sejatpeluhan potensi dikira menggunakan rumusThornwaithe mencatatkan nilai minima pada bulan November (119 mm), manakala nilaimaksima ialah Februari (136 mm). Tren mengikut plot menunjukkan jumlah hakisantebing tertinggi direkodkan pada plot 1 (78.84 cm), diikuti plot 3 (43.5 cm) dan plot 2(30.06 cm). Pada keseluruhannya, hakisan tebing sungai yang berlaku bagi ketiga-tigaplot adalah sebanyak 152.4 cm- purata hakisan sebanyak 30.4 cm telah berlaku dalamtempoh masa satu bulan sepanjang kajian dijalankan atau kira-kira 3.65m thn-1. Plot 2mencatatkan nilai r2 yang tinggi di antara kadar hakisan tebing sungai dengan hujan, iaitumasing-masing 78 peratus dan 51 peratus. Pembinaan struktur kawalan tebing sungaiadalah alternatif mengurangkan hakisan tebing sungai. Namun begitu, ianya memerlukanpenyelengaraan berkala khususnya semasa luahan banjir.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article