HUBUNGAN ANTARA PSIKOPATHI, PSIKOPATOLOGI DAN ESTIMKENDIRI DALAMKALANGAN REMAJA PEREMPUAN (Relationship between Psychopathy, Psychophatology and Self Esteem Among Female Adolescents)

Authors

  • Khaidzir Hj Ismail
  • Ong Lee Lee

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara psikopathi, psikopatologi dan estim kendiri. Dalamkajian ini, seramai 82 remaja perempuan telah dipilih dari beberapa buah sekolah menengah di Melaka(min umur 16.3 tahun, julat umur 14-17 tahun) telah ditadbirkan dengan soal selidik Antisocial ProcessScreening Device, Symptoms Checklist-90-Revised dan Rosenberg Self-esteem Scale. Keputusan kajianmenunjukkan tret psikopathi, psikopatologi dan estim kendiri tidak mempunyai korelasi yang signifikan( r= -0.009, r=0.087, dan r = 0.114). Oleh itu, estim kendiri dan psikopatologi bukan peramal yang baikkepada tret psikopathi. Kajian ini telah mencadangkan aspek lain dalam tret psikopathi seperti perbezaanjantina, pengaruh rakan, keluarga dan cara asuhan ibu bapa perlu diambil kira dalam kajian pada masadepan. Selain itu, rawatan untuk psikopathi perlu mengambil kira latar belakang subjek dan menggunakanpendekatan yang multidimensi.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article