PENGGUNAAN RADIONUKLID 137Cs DALAM KAJIAN HAKISAN TANIH JANGKA PANJANG

Authors

  • Mokhtar Jaafar

Abstract

Kajian hakisan tanih jangka panjang mengguna radionuklid 137Cs sebagai penyurihtelah dilaksanakan di ladang jagung Little Landside, Devon, England. Persampelantanih dalam kajian ini berdasarkan pendekatan transet, dan pengumpulan sampelsampeltanih dilakukan ketika musim sejuk 2004. Kajian melibatkan pengukurankandungan 137Cs dalam tanih, dan analisis taburan semula tanih. Kandungan 137Csbagi setiap sampel tanih diukur melalui penggunaan pengesan spektrometri gammaHPGe, manakala taburan semula tanih dianalisis melalui model keseimbangan jisimIII. Pengukuran kandungan 137Cs mendapati nilai inventori adalah 23.4% lebih rendahdaripada nilai rujukan inventori (2427.8 Bq m-2), dan ini membuktikan berlakuhakisan tanih di tapak inventori. Analisis taburan semula tanih pula mendapati keduaduatranset mencatat jumlah hakisan antara ca. 92-100 t ha-1 thn-1, dan kehilangantanih bersih berkadar antara ca. 90-93 t ha-1 thn-1. Bahagian atas cerun (dalam jarak 0-50 m) mencatatkan jumlah hakisan tanih tertinggi, dengan nilai purata 16.25 t ha-1 thn-1. Kadar hakisan tanih kasar tercatat sebanyak 7.2 t ha-1 thn-1, manakala kadar hakisanbersih pula adalah 6.4 t ha-1 thn-1. Keadaan ini menghasilkan nisbah pengeluaransedimen sebanyak 89%. Kesimpulan daripada kajian ini dapat dinyatakan sepertiberikut: kehilangan tanih adalah pada kadar yang sangat tinggi, dan berlaku mobilitisedimen keluar daripada sempadan ladang yang mungkin digerakkan oleh air larianpermukaan.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article