IMPAK PEMBANGUNAN LANGKAWI KE ATAS CORAK PEKERJAAN DAN GUNA TENAGA DI PULAU DAYANG BUNTING, LANGKAWI (The Impact of Langkawi Development on Occupation and Employment Patterns in Pulau Dayang Bunting, Langkawi)

Authors

  • Ishak Yussof
  • Mustaffa Omar
  • Gusni Saat

Abstract

Artikel ini menganalisis corak pekerjaan dan guna tenaga dalam kalangan penduduk PulauDayang Bunting, Langkawi. Data yang digunakan dalam penulisan ini diperolehi daripadasoalselidik yang dibuat secara banci melalui satu kerjalapangan pada bulan Mei-Jun 2005.Analisis data adalah menggunakan kaedah taburan dan jadual silang ke atas aspek-aspek pentingberkaitan aktiviti ekonomi penduduk. Analisis ini dianggap penting untuk melihat impakpembangunan Langkawi ke atas tahap penyertaan buruh dan masalah penganguran, struktur gunatenaga dan jenis pekerjaan serta implikasinya ke atas tingkat pendapatan penduduk. Tumpuananalisis adalah ke atas ciri-ciri dan jenis pekerjaan yang diceburi (pekerjaan utama dansampingan), struktur guna tenaga mengikut sektor, tingkat pendapatan, tingkat kemahiran dantaraf pendidikan penduduk. Isu dan masalah berkaitan aspek pekerjaan dan guna tenaga dikawasan kajian turut dibincangkan. Hasil kajian mendapati berlaku ‘kesan surutan’ keranasebahagian besar tenaga buruh produktif yang ingin menyertai pasaran pekerjaan dari pulau initerpaksa berpindah atau berulang alik ke pulau besar Langkawi. Ini disebabkan peluang pekerjaanbanyak terdapat di sana, terutama di sekitar pekan Kuah. Pemerhatian pengkaji semasa dilapangan menunjukkan bahawa tidak banyak aktiviti-aktiviti ekonomi moden yang berkembangdi pulau kajian. Sebaliknya, aktiviti ekonomi penduduk lebih berkisar kepada kegiatan tradisionalterutama dalam sektor perikanan dan pertanian. Ketiadaan peluang pekerjaan yang bersesuaiantelah menyebabkan kadar pengganguran di kawasan kajian juga agak tinggi berbanding kawasankawasanlain di tanah besar Langkawi.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article