PENGHUTANAN BANDAR DAN KESIHATAN EKOSISTEM LEMBANGAN: PENGALAMAN DARI ST HELENS, UNITED KINGDOM
Authors
Noorazuan Md Hashim
Abstract
Sebelum Revolusi Industri pada abad ke-19, St Helens (yang terletak di tengah-tengahLembangan Sankey) hanyalah sebuah perkampungan kecil di persimpangan jalan yangbersempadan dengan empat pekan kecil iaitu Windle, Sutton, Eccleston and Parr.Pembukaan terusan kapal dan perkembangan jaringan pengangkutan antara bandarLiverpool dan Manchester telah menambahkan lagi kawasan bandar di dalam LembanganSankey. Perubahan perilaku sungai akibat proses pembandaran sejak 200 tahun yanglampau telah menghasilkan gangguan terhadap kitaran hidrologi dan seterusnyamengakibatkan banjir kilat dan masalah pencemaran air. Bermula pada penghujung 1980-an, usaha menghijau, memulih dan mengubah landskap bandar kepada yang lebih mapantelah dilakukan secara komprehensif melalui kerjasama di antara kerajaan, pihak swastadan orang tempatan. Bukti daripada kajian saintifik menunjukkan terdapat perubahanyang sangat ketara dari segi respons hidrologi di dalam lembangan. Tempoh masa antara1987-1996 yang dikaitkan dengan tempoh kemuncak program penghijauan bandar StHelens menunjukkan keupayaan, kesihatan ekosistem dan daya pegas lembangan telahmeningkat. Pendekatan tidak berstruktur dilihat berjaya meningkatkan kualitipersekitaran, khususnya kepada ciri kuantiti air serta kualitinya selepas tempoh sedekad.Fasa akhir pembandaran St Helens dilihat lebih dominan kepada proses rejuvenasi bandarberbanding dengan pertambahan kawasan tepu bina bandar.