PROGRAMPERTUKARAN JARUMDAN PICAGARI (NSEP): CABARANMENGURANGKAN TINGKAHLAKU BERISIKO PENGGUNA DADAH SECARA SUNTIKAN (IDU) (NEEDLES AND SYRINGES EXCHANGE PROGRAM (NSEP): CHALLENGES IN THE REDUCTION OF INJECTING DRUG USERS’ (IDU) RISKY BEHAVIOR)

Authors

  • Norulhuda Binti Sarnon
  • Ismail Baba
  • Zulkarnaian A. Hatta

Abstract

Program Pertukaran Jarum dan Picagari (NSEP) telah dilaksanakan mulai tahun 2006 bagi mencegahjangkitan HIV/AIDS dalam kalangan pengguna dadah secara suntikan (IDU) di Malaysia. Walaupunkewujudannya telah mengubah amalan berisiko IDU, namun terdapat beberapa cabaran yang dihadapioleh IDU untuk terus mengekalkan tingkahlaku selamat. Kajian kualitatif ini adalah bertujuan untukmengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh IDU yang menerima perkhidmatan NSEP di Pusat SehentiIKHLAS, Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur. Temubual mendalam dengan menggunakan soalansemistruktur telah dijalankan ke atas 13 orang responden yang dipilih secara persampelan bertujuan mulaibulan Jun 2007. Hasil kajian mendapati cabaran yang dinyatakan oleh responden untuk mengurangkantingkahlaku berisiko ialah (1) kesulitan apabila berhadapan dengan sindrom tarikan, (2)kesukaranmembawa peralatan menyuntik, (3) tarikan sosial ahli IDU, (4) sikap IDU dan (5) keenggananmenggunakan kondom. Kajian mencadangkan perlunya lebih banyak IDU dirujuk ke program terapigantian Methadone di samping pengurusan kes yang lebih mantap untuk memenuhi keperluan sebenarIDU dalam usaha mengurangkan tingkahlaku berisiko.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article