PENGOLAHAN SEMULA TEKS LAMA: PERBANDINGAN STRATEGI PENULIS WANITA MELAYU DAN WANITA BARAT

Authors

  • Ruzy Suliza Hashim

Abstract

Sastera bandingan membuka ruang untuk pelbagai perbandingan dibuat, misalnya kajianpengaruh, tema, disiplin, dan terjemahan. Aspek-aspek ini dapat memberi gambaranbagaimana sesebuah sastera nasional itu menunjukkan persamaan dan perbezaan dengansesebuah sastera nasional yang lain. Makalah ini mengambil gagasan Susan Bassnett(1993) dan melihat bagaimana isu gender digarap dalam teks kesusasteraan Inggeris.Perbandingan di antara penulis wanita Melayu, Zaihasra dan Siti Zainon Ismail danpenulis Barat, Angela Carter dan Anne Sexton, dan strategi keempat-empat penulis inidalam pengolahan semula teks-teks lama dapat menunjukkan praktis silang budaya yangbertembung dari segi penghasilan kreatif tetapi bersimpang dari segi norma nilai budayadan agama.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article