TAHAP PENGETAHUAN DAN POLA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL DI KALANGAN PESAKIT: KAJIAN KES DI HOSPITAL UKM (Knowledge Awareness and Utilisation Pattern on Social Work Services among Patient: Case Study in UKM Hospital)
Authors
Mohd Suhaimi Mohamad
Abstract
Artikel ini didasarkan kepada satu kajian yang telah dilakukan untuk mengukur tahappengetahuan pesakit yang menerima perkhidmatan kerja sosial perubatan. Pengkajimengandaikan bahawa tahap pengetahuan pesakit mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yangada di Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) mempengaruhi kemungkinan mereka menggunakankhidmat yang ditawarkan itu. Akan tetapi pengetahun dan penggunaan khidmat turut ditentukanoleh latar belakang demografi dan sosio-ekonomi pesakit. Kajian ini dianggap pentingterutamanya dalam membantu JKSP menentukan fokus bantuan untuk pesakit. Data diperolehimelalui temubual terhadap 220 responden yang merupakan pesakit di HUKM dari Januari 2002hingga Disember 2002. Mereka terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang etnik, umur,gender, tahap pendidikan, pekerjaan dan pendapatan. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuanpesakit di HUKM adalah sederhana dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan etnik,umur, tahap pendidikan, pendapatan dan status pekerjaan yakni pada nilai p<.05. Kebanyakkanpesakit yang dirujuk adalah penghidap penyakit kronik yang memerlukan bantuan praktikal dankewangan. Pola penggunaan perkhidmatan kerja sosial masih dibelenggu oleh pandangan bahawaJKSP berfungsi seperti jabatan kebajikan semata-mata walaupun jabatan berkenaan menawarkanpelbagai khidmat kerja sosial lain yang berfungsi membantu pemulihan pesakit dan keluargamereka.