DOKTRIN BUSH: SATU ANALISIS HEGEMONI BERIDEOLOGI GRAMSCI

Authors

  • Muhamad Takiyuddin Ismail

Abstract

Doktrin Bush yang dikenalpasti melalui dokumen The National Security Strategyof The United States (2002) dihasilkan selepas Amerika Syarikat (AS) dikejutkandalam serangan 11 September 2001, atau lebih dikenali sebagai “9/11”. Dua terasutama doktrin tersebut, iaitu konsep serangan awal dan konsep pertukaran rejim,telah menimbulkan perdebatan hebat mengenai corak dasar luar yang ingindipraktikkan AS di bawah pentadbiran Bush. Memandangkan ramai sarjanaberanggapan bahawa matlamat utama doktrin tersebut ialah untuk menjaminhegemoni AS dalam politik antarabangsa, maka. adalah penting satu kajiandilakukan bagi menganalisis hubungan antara Doktrin Bush dan teori hegemoniberideologi yang diperkenalkan oleh tokoh pemikir Marxis Itali, AntonioGramsci (1891-1937). Berdasarkan perbincangan, Doktrin Bush dilihat telahgagal mencapai matlamatnya dan mengalami proses hegemoni balas yang kuatberikutan kekacauan yang berterusan dalam perang di Iraq.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article