RESPONS GENERASI MUDA TERHADAP APLIKASI E-KERAJAAN DAN EDAGANG (The Response of Young Generation towards E-Government and E-Commerce)

Authors

  • Mohd Yusof Hj.Abdullah
  • Mohd Safar Hasim
  • Fuziah Kartini Hassan Basri
  • Mohamed Azul Mohamad Salleh
  • Ali Salman

Abstract

Malaysia adalah kalangan negara sedang membangun yang awal dan giat membangunkan kemudahanICT. Penggunaan ICT adalah untuk meningkatkan daya saing negara, memodenkan sektor perkhidmatan,dan menambahnilai mutu perkhidmatan kerajaan dan swasta. Penggunaan meluas ICT telah mula diterimaoleh masyarakat Malaysia. Artikel ini membincangkan respons generasi muda terhadap aplikasi secaraatas talian yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Data dan maklumat diperolehi daripada kajiandi bawah biaya IRPA 2004-2006 yang bertujuan melihat tahap kesediaan penerimaan pelbagai aplikasielektronik dan persepsi responden terhadap pelbagai aplikasi tersebut. Metod kajian yang digunakanadalah tinjauan ke atas generasi muda dalam lingkungan umur 21 hingga 40 tahun. Seramai 1118 orangdalam kategori umur tersebut di 15 bandar di Malaysia dipilih secara rawak bertujuan dan ditemubualmenggunakan satu set soalan. Generasi muda adalah satu segmen masyarakat yang penting dalamsebarang pembaharuan atau inovasi yang diperkenalkan. Hasil kajian mendapati penggunaan pelbagai kadelektronik untuk pelbagai transaksi mula diterimapakai oleh generasi muda. Namun begitu, merekamempunyai persepsi yang kurang yakin terhadap keselamatan untuk berurusan secara atas talian. Olehkerana generasi muda sentiasa terdedah dengan perkembangan teknologi komunikasi terkini dan sasaranpenting, maka wajar mereka diberi keyakinan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian dengan lebihmeluas.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article