IMPLIKASI STRUKTUR KUNCI AIR KE ATAS AKTIVITI PELANCONGAN DAN PENDUDUK DI SEKITAR SUNGAI CHINI DAN TASIK CHINI, PAHANG

Authors

  • Sulong Mohamad
  • Mohd Ekhwan Toriman

Abstract

Struktur kunci air lazimnya dibina secara fizikal bagi mengawal aras air sungai atautadahan air semasa. Pembinaan kunci air seharusnya mengambil kira kepentinganekosistem terutamanya jika pembinaanya melibatkan perubahan aras air. Disebabkan arasair yang tidak ideal di Tasik Chini, kunci air dibina bagi meningkatkan aras air bertujuanmemudahkan navigasi bot pelancong. Namun begitu, pembinaannya memberikanimplikasi yang besar kepada aktiviti pelancongan. Makalah ini membincangkan implikasikunci air ke atas aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitar Tasik Chini. Berdasarkandata primer dan sekunder, kajian ini mendapati Tasik Chini, secara semula jadimempunyai tarikan sebagai destinasi ekopelancongan yang berdaya maju. Makalah inimerumuskan bahawa pembinaan kunci air pada tahun 1995 memberi implikasi negatifkepada dasar perlindungan alam sekitar dan prinsip ekopelancongan. Pembinaan kunciair Kuala Chini merupakan satu contoh bagaimana sesuatu pembangunan perlu difikirkandengan teliti, dengan mengambilkira pandangan masyarakat tempatan dan kesannya keatas mereka dan alam sekitar.

Downloads

Published

2017-11-27

Issue

Section

Article